Need expert to comments about the "gantang?", I'm not so sure.........
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8
kg iaitu sama dengan 4
cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di
Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai
peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.
Sejarah
Pada zaman kerajaan lama (sebelum wujudnya sukatan metrik piawai), gantang dijadikan alat penyukat rasmi. Ukuran ini sering digunakan di desa, terutama untuk penduduk yang menanam
padi atau
gandum.
Gantang adalah satu ukuran untuk isi padu (
volume measure atau
capacity) bersamaan dengan 1
gelen imperial, hampir sama dengan 4.56 liter sukatan metrik ataupun 1.2 gelen U.S..
Khazanah Malaysia mentakrifkan 1 gantang sebagai 4.546 09 liter dan 1 liter bersamaan dengan 0.219969 gantang
rujuk SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977, Khazanah Malaysia
Di
Sabah dan
Sarawak, gantang digunakan juga sebagai unit berat, bersamaan 5
1/3 paun Imperial (kira-kira 2.419 kg) (
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1966). Di
Brunei, gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun
avoirdupois, iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur
padi, gantang bersama dengan 5
1/3 paun sahaja, bersamaan 2.419 kg.
Gantang di
Indonesia adalah unit sukatan untuk
beras, dan adalah bersamaan dengan 8.5766 liter. Semasa penjajahan
Belanda, gantang dikira untuk ukuran isi padu sebagai
1/14 pikul (kira-kira 8.38048 liter) tetapi apabila digunakan dengan ukuran berat adalah dikira sebagai sukatan bersamaan 6.15 kg.