Tuesday, August 2, 2011

Seterika arang lama tembaga dan penyukat gantang?

'


2njuly 2012 Sold to Mr Shah from Brunei 

Seterika arang lama dan penyukat gantang?
Need expert to comments about the "gantang?", I'm not so sure.........
Price:RM300 for both

Gantang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gantang adalah merupakan suatu alat sukatan lama. 1 gantang sukatannya bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak. Gantang lazimnya diperbuat dari kayu sepertimana cupak yang biasanya diperbuat dari tempurung kelapa yang besar. Gantang tidak digunakan lagi sebagai sukatan selepas pertuakran kepada penggunaan sistem metrik di Malaysia dalam tahun 1977 dan kini gantang tinggal sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.

Sejarah

Pada zaman kerajaan lama (sebelum wujudnya sukatan metrik piawai), gantang dijadikan alat penyukat rasmi. Ukuran ini sering digunakan di desa, terutama untuk penduduk yang menanam padi atau gandum.
Gantang adalah satu ukuran untuk isi padu (volume measure atau capacity) bersamaan dengan 1 gelen imperial, hampir sama dengan 4.56 liter sukatan metrik ataupun 1.2 gelen U.S.. Khazanah Malaysia mentakrifkan 1 gantang sebagai 4.546 09 liter dan 1 liter bersamaan dengan 0.219969 gantang rujuk SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 13 TAHUN 1977, Khazanah Malaysia

Penggunaan Di Nusantara

Di Sabah dan Sarawak, gantang digunakan juga sebagai unit berat, bersamaan 5 1/3 paun Imperial (kira-kira 2.419 kg) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1966). Di Brunei, gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun avoirdupois, iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur padi, gantang bersama dengan 5 1/3 paun sahaja, bersamaan 2.419 kg.
Gantang di Indonesia adalah unit sukatan untuk beras, dan adalah bersamaan dengan 8.5766 liter. Semasa penjajahan Belanda, gantang dikira untuk ukuran isi padu sebagai 1/14 pikul (kira-kira 8.38048 liter) tetapi apabila digunakan dengan ukuran berat adalah dikira sebagai sukatan bersamaan 6.15 kg.

2 comments: